Sabtu, 13 April 2019

Pilihan

Selidiki Pilihanmu~ Sebuah titipan pelajaran hidup.

Ada banyak pilihan yang boleh kita lakukan dalam hidup ini. Memang tidak mudah untuk menilai sebuah "pilihan" apalagi dalam masa yang singkat. Ya, sangat sukar untuk melakukannya jika tidak disertai dengan pertimbangan yang wajar & dewasa. Mungkin sahaja "pilihan" kita itu membuatkan kita menyesal, sedih & kecewa. Akan tetapi, kita harus tahu satu perkara bahawa TUHAN memberi kita banyak peluang untuk melakukan pilihan & bersedia untuk memperbaiki kesilapan kita. Dia tidak pernah menilai masa lalu kita, Dia mengetahui cerita hidup kita & seluruh isi hati kita pada saat ini. Asalkan sahaja kita berjuang untuk memperbaiki diri kita berbanding yang lalu. Membuat "Pilihan" adalah satu tindakan yang memerlukan pertimbangan yang wajar & perlu dilihat melalui seluruh aspek, bukan hanya luarannya sahaja. Yes! Sebuah PILIHAN menentukan masa depan kita. Tiada ungkapan "TAKDIR" dalam TUHAN, tapi hanyalah "PILIHAN" kita. Oleh itu, my @Sahabatkasih sekalian, peganglah janji-janji TUHAN dalam hidup kita, walau apapun "Pilihan" yang kita lakukan pada masa ini, saat ini, TUHAN bekerja didalam "Pilihan" kita. Tetap setia berjalan bersama TUHAN & selalu mengandalkanNya. Selagi ada kesempatan, selama itu masih ada harapan.

Amen...shalom, damaisukacitadihati

1 ulasan:

  1. Hai @sahabatkasih, semoga diberkati melalui pembacaan ini yg membahas ttg "pilihan" kita, jomm alami kebesaran TUHAN melalui apapun pilihan kita. Amen, salam damai sukacita dihati.

    BalasPadam