Selasa, 16 April 2019

Pilihan : "Beserah Atau Mati"

Shalom _sahabatkasih_ , saya ada kerinduan untuk berkongsi sebuah kesaksian dalam hidup saya sendiri, ada satu peristiwa telah berlaku dalam hidup saya yang pada detik & saat itu saya harus memilih antara "Berserah" kepada TUHAN untuk semua beban & masalah saya atau memilih untuk "Mati" sahaja. Beban & masalah yang saya hadapi pada saat itu menyebabkan saya tertekan sehingga pada tahap mendengar suara-suara yang pelik, aneh, & menakutkan yang tidak saya ketahui dimana datangnya suara-suara itu. "kamu GAGAL,kamu GAGAL,kamu GAGAL". Dalam jangka masa itu, saya tidak boleh melakukan kerja-kerja harian saya dengan baik, tugasan-tugasan kuliah terjejas, hilang keyakinan diri kerana takut, tubuh tidak bermaya & saya selalu menangis. "TUHAN, mengapa saya perlu juga melalui ini semua"? Lebih baik saya mati sahaja TUHAN, saya tidak boleh lagi". Saya berlutut dalam bilik saya yang berkunci, mama bapa pergi kerja,dua adik perempuan saya ada pelayanan pada masa itu di gereja, tinggal adik lelaki saya yang memanggil-manggil nama saya dari luar, mngkin dia terdengar saya menangis. Beberapa hari sebelumnya, saya meluahkan perasaan saya, hati saya kepada mama & menangis pertama kalinya dalam hidup saya didepan mama dalam usia yang sdh dewasa. Mama hanya kata "berdoa saja & kasi kuat saja itu hati", tapi itu semua tidak memberi kelegaan yang sesungguhnya dengan apa saya mahu, pada masa itu saya rindu untuk sembuh & mengalami kelegaan/kelepasan dari semua beban berat dalam hati saya. Dalam kedaan menangis, si Iblis sempat mahu menipu
melalui fikiran saya pada masa itu, "ada racun dalam stor bapa tu"...sudah terlintas dalam fikiran untuk bunuh diri. Dalam keadaan itu, saya perlu pilih untuk "berserah" atau "mati". Syukur puji TUHAN, Tuhan Yesus lebih mengerti semua yang saya perlukan pada saat itu, dan memperlihatkan bahawa KasihNya yang sempurna begitu nyata dalam hidup saya. Ada ayat yang terlintas dalam hati saya pada masa itu, "SAYA lebih besar dari masalah-masalahmu"Puji Tuhan, saya telah menang kerana tidak memilih untuk "mati" tapi memilih untuk "berserah" kepada TUHAN.

_sahabatkasih_, walaupun beban & masalah itu kita rasa sangat berat, tapi ingat satu perkara, TUHAN jauh LEBIH besar daripada masalah-masalah & beban kita. Tetaplah memandang wajahNya &" berserah" penuh kepadaNya. Jangan sesekali malu untuk meluahkan isi hati kita kepada TUHAN, sebab DIA itu TUHAN yang peduli & mengerti keadaan kita...perkara penting yang saya belajar daripada kisah hidup saya ini, jangan sesekali ada niat untuk mau bunuh diri, sebab satu saat sajapun, iblis boleh pakai kata-kata itu untuk membinasakan kita. Tapi biarlah kita mati bersama dengan Tuhan Yesus, sebab Dia bagi jaminan keselamatan kepada kita. 

shalom, salam damai sukacita dihati...God Bless..💝💝







_sahabatkasih_devgracel

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. haii @sahabatkasih sekalian, akhirnya karya kedua ada sudah,puji syukur kepada Tuhan Yesus kerana memberi saya pengertian & keberanian untuk sharing kesaksian ini bersama sahabat kasih semua...mungkin ada yg sdh dengar secara face 2 face saya sharing tpi ada baiknya juga saya hasilkan dlm karya tulisan utk sahabat kasih yg tdk sempat untuk dengar dari mulut saya sendiri. semoga menjadi berkat bagi semua. God bless.

    BalasPadam
  3. Trus kn perjuangan hidup brsma TUHAN

    BalasPadam